Waktu aq darjah enam dulu,aq paling suke dengan hari rabu.Aq gelarkan  hari rabu sebagai hari merehatkan minda.Walaupun seharian mase aq  habiskan disekolah tapi aq bijak mempergunakan masa yang sedia ada.Tak  sia-sia mak aq menyuruh aq menabung (erkk..takpe lah).Aktiviti hari rabu  bermula selepas aq balik dari sekolah agama.Habis je sekolah petang  tu,aq dengan 2,3 orang member kebiasaannya akan terus pergi ke pasar  malam yang berdekatan dengan sekolah tu.Kat sana boleh la membeli  makanan sedikit sambil menikmati pengunjung2 yang berdahi licin*ceh gaya  macam baru balik shopping pulak.Nak ke sana pun bergantung kalau ade  lagi duit poket aq pada hari tu.Kalau takde terpakselah aq terus pulang  ke rumah untuk meng"usha" mak aq duit.
Kebiasanya dari awal pagi  lagi aq sudah menyorokkan 1hengget di celah2 songkok aq.Bermodalkan  1hengget nie la aq akan pergi beratur untuk membeli keropok lekor brader  chubby tu.Brader nie pulak jenis yang pantang dipuji.Kalau puji sikit  je,mesti die bungkuskan keropok lekor tu tanpa mengira satu per  satu.Dengan keropok tu boleh la jugak aq buat kunyah2 waktu pulang ke  rumah.Bila dah berada disitu semestinya banyak godaan yang datang.Nasib  baik la aq seseorang yang tidak mudah digoda.Senyuman gadis manis yang  jual kuih bakar tu pun aq balas bersahaja je.Tidak terlintas lansung  untuk meminta email YM dari gadis itu.Waktu nie mana ade facebook  lagi.Paling kuat pun friendster.RJ(razak jabar) main la friendster.Aq  langsung tak terpengaruh.
Tempat yang paling wajib sekali singgah  bila pergi ke pasar malam ialah kedai menjual CD.Kalau tak singgah kat  kedai nie mesti terasa panjang semacam je nak tempoh minggu itu.Ketika  itu memang nampak sangat aq bersifat minimalis.Waktu nie aq memang  kemaruk sangat dengan program aksi sukan terancang iaitu wresling.Inilah  satu2 nya pogram yang hampir berjaya mempengaruhi budak2 kecil supaya  menjadikan penggusti sebagai idola mereka tapi bukan aq.Aq pun tak  pernah mengumpul gambar2 penggusti dalam dompet aq.Kalau ade pun mungkin  aq tak perasan.Cite2 kartun aq dah lame tak layan semenjak kumpulan thunder cat berpecah.Ape  kejadah pula untuk aq beli cite Kucing Biru berpoket"Doraemon" tu.Aq  lebih rela bersedekah dekat masjid dari membeli cite yang tak berfaedah  tu.Teserlah juga sifat2 mahmudah dalam diri aq nie.
Waktu malam  pula lepas habis dari belajar mengaji,aq terus pulang ke rumah.Ape  kejadah aq nak join budak2 main kejar2 depan rumah ustazah tu.Tak  advanture langsung.Di rumah aq akan mentelaah buku sekolah selama  mungkin sebelum menonton tv.Kebiasaanya ia bertahan selama 5 minit  sebelum mata aq menjadi kabur.Hari rabu punya siaran tv memang  special.Lepas tengok cite senario,aq dengan bapak aq akan tengok cite  wresling pula.Kedua2 cite nie aq kena tengok pasal nanti esok kat  sekolah member2 sume cite pasal cite semalam.Kalau aq tak tengok nanti  aq sorang je yang tak paham ape yang diorang cite.Bila aq tak paham ape  yang diorang cite,aq akan duduk dihujung penjuru kelas seorang diri  sambil mengukur meja.Gaya aq saling tak tumpah macam Zek lakonan jamal  abdillah yang kecewa dalam cite azura.Dalam keseronokan menonton tu aq  ade risau jugak.Yela kerja sekolah tak siap lagi tapi aq berjaya  menyakinkan diri aq yang aq mampu menyalin kerja sekolah member2 pada  keesokan hari.
*esoknye aq menyalin kerja rumah dalam tandas elak dari cikgu nampak.
9 years ago
 
