Oi. 'bersama semula' dari a.c.a.b la sesuai

* Biar gambar berbicara -- Gua malas.

cara tapah

Tapah merupakan se-orang jejaka yang simple & selamber. Lebih gemarkan perkara perkara yang ranggi daripada yang biasa. Tapah bijak menyembunyikan masalah di hati dari mukanya dengan senyuman. Masalah yang selalu tapah kongsi kan pada yang rapat ialah berkenaan perempuan.

"aku bukan ape tau, aku rasa nak balas balik benda yang mereka dah pernah buat kat aku " luah tapah.

" ko tak leh same kan mereka tu semua sama. ada yang uk. kena pandai cari " - nasihat positif.

" ha tapah ko tengok tu. yang tu kan elok. sejuk je mata memandang " . sekumpulan yang baru tiba dikedai makan.

" pasal student la aku jadi macam nie! tapi kan yang tu memang elok benar " tapah sibuk perhati dari jauh.

Lama jugak tapah perhatikan kumpulan tu. Mungkin die sedang cuba menggembirakan hati sendiri.

 


* luahan hati tapah barangkali

'kasut' la bukan sepatu

Dulu waktu zaman sekolah kalau ade rase nak beli kasut yang hati dah terpaut aku mesti cari jalan untuk miliki kasut tu. Itu normal la kan. Benda yang biasa aku buat 'kena jimat jimat duit belanja sekolah cara yang ekstrem'. Kecik kecik lagi dah nampak sifat pandai berdikari. Patut lah bila habis sembahyang jumaat, imam kampung mintak tolong aku kira duit derma masjid. Barangkali sifat aku berjimat duit belanja sudah diketahui imam tu. Aku guna cara tu pun bila hati nie meronta ronta nak sarungkan kasut tu dikaki yang tak secomel kaki nazha aziz.

Bila aku rasa peluang untuk miliki kasut tu akan makan masa yang lama jika aku terus mengumpul menggunakan duit belanja sekolah aku akan mintak bantuan dari ibu aku. Ibu mana yang suka kan anak nya membazir, jadi sebelum ibu aku mengajukan soalan soalan yang mampu melunturkan semangat membeli aku akan terus memberikan statement yang kukuh tanpa perlu disuruh.

"ala ibu topap sikit je. duit yang angah kumpul tak cukup lagi sikit je"

"kasut jenama ape nak beli? beli jangan tak pakai pulak". soalan lazim tiap kali mintak duit beli kasut.

"converse, DC, jenama macam tu la"

Sekarang bila aku dah meningkat dewasa semua benda yang aku nak kena kumpul duit sendiri tanpa mintak pertolongan ibu aku. Salah satu faktor aku tak mintak duit ibu aku pasal barang barang yang aku nak beli harganye tak sekecil harga kasut zaman sekolah.

"haffis kenapa duit dalam buku awak nie dah kurang?"

"angah beli kasut"

"kasut jenama apa yang awak beli sampai banyak skali duit keluar?"

"BBS"



*buku bank terus dirampas.