Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Oi. 'bersama semula' dari a.c.a.b la sesuai

* Biar gambar berbicara -- Gua malas.

cara tapah

Tapah merupakan se-orang jejaka yang simple & selamber. Lebih gemarkan perkara perkara yang ranggi daripada yang biasa. Tapah bijak menyembunyikan masalah di hati dari mukanya dengan senyuman. Masalah yang selalu tapah kongsi kan pada yang rapat ialah berkenaan perempuan.

"aku bukan ape tau, aku rasa nak balas balik benda yang mereka dah pernah buat kat aku " luah tapah.

" ko tak leh same kan mereka tu semua sama. ada yang uk. kena pandai cari " - nasihat positif.

" ha tapah ko tengok tu. yang tu kan elok. sejuk je mata memandang " . sekumpulan yang baru tiba dikedai makan.

" pasal student la aku jadi macam nie! tapi kan yang tu memang elok benar " tapah sibuk perhati dari jauh.

Lama jugak tapah perhatikan kumpulan tu. Mungkin die sedang cuba menggembirakan hati sendiri.

 


* luahan hati tapah barangkali

mengalah itu kudos

 

* mengalah tak semestinya kalah.

pusat sumbangan

Baru baru nie aku ade pergi satu tempat yang dikatakan urban bila melepak. Waktu tu ramai jugak gadis bertudung mahupun gadis berbetis gebu datang ke situ. Aku ke situ pasal ade band yang aku minat nak beraksi disitu. Jauh sekali aku datang kesana semata mata nak melepak berjam jam membuang masa sambil menikmati secawan coke yang tidak mampu mengenyangkan perut yang lapar.

Lepas keluar dari tempat tu aku ade terima sehelai surat yang diselitkan di wiper kereta dengan arahan supaya menyumbangkan sedikit duit gaji aku ke balai polis. Cis celaka. Datang berhibur dalam masa 2jam lepas tu dapat surat saman lagi. Nampak sangat aku pergi tempat yang tidak diberkati.

Selang seminggu lepas tu aku pun pergi ke balai yang sepatutnya untuk membayar saman. Aku kesana ditemani din yang sememangnya sudah biasa dengan persekitaran balai tu. Masuk je pintu bilik pembayaran benda yang pertama nampak ialah tempat mengambil no. Aku tengok waktu tu ade sorang je yang menunggu tapi disebabkan juru kaunter tu suke menekan buzzer no jadi aku akur untuk mengambil no. Belum sempat aku melabuhkan punggung di kerusi menunggu no aku pun dipanggil. Ceh macam takde fungsi je aku tekan no tadi.

Di kaunter aku terus menghulurkan surat saman kepada juru kaunter. Lepas buat semakan juru kaunter tu pun bagitahu jumlah yang perlu aku bayar. Mengigil jugak tangan aku nak hulur duit tu. Aku niat bersedekah dalam hati supaya memdapat keberkatan dari duit tu. Buat mase sekarang itu lah jumlah yang paling banyak aku bersedekah.

"kete nie kete sape?" juru kaunter mengeluarkan suara manja.

"haaa. noraini kalau tak silap."

"die tu sape?" 

"owner kete tu lah."

" izwan nie sape pulak?" gaye ella bermanje manje kelihatan.

" ehh itu saye. kenape?" aku pelik pasal aku tak bagi i/c dengan name aku pun tadi.

" uhh. takde pape. nie saje je check system. dekat sini awak ade satu saman lagi yang belum bayar. Tak mahal, harge die masih rm150"

"ehh ade saman lagi? aduh kenape cik check. kantoi ade saman lagi"

" laa tak boleh ke? saye saje je" kali nie suara kanak kanak mintak ais krim pulak.

Din siap letup letupkan jari lagi tengokkan perangai juru kaunter tu. Jadi itu membuktikan aku normal.

* Bukan semua polis lelaki tidak miang & bukan semua polis wanita tak reti menggoda.


"terima kasih ya nak. makcik suke"

Setiap orang ade prinsip hidup yang menjadikan siapa dirinya. Prinsip setiap orang mustahil akan sama seratus peratus walau pun die tu kembar seiras jenis yang suke buat semua benda sama sampai tandas duduk pun nak kongsi, ataupun buddies yang rambut sama hitam hati siapa tahu, erk? uk takpe. Aku juga ade prinsip hidup yang mengajar aku tentang kehidupan yang aku lalui selama ini.

Salah satu prinsip hidup aku ialah aku hanya menjaga hati aku sahaja. Ya aku memang nampak seorang yang egoisme kerna aku selalu beranggapan bahawa tiada orang yang akan menjaga hati aku selain diri aku sendiri.Semakin menebal kasih sayang kita pada seseorang tu maka semakin tinggi lah jangkaan kita bahawasanya mereka akan menjaga hati kita. Sesiapa pun akan merasa kecewa bila seseorang yang dianggap mampu menjaga hati kita tapi melakukan sebaliknya. Jadi bagi mengelakkan aku melayan lagu lagu jiwang di radio suria yang lebih bersifat patah hati, aku memilih untuk bersikap egoisme. Mungkin itu adalah salah satu faktor yang aku kurang kenalan. Aku tidak menggunakan prinsip ini secara total kerna prinsip nie akan diketepikan secara automatik bila ia berkaitan dengan orang yang tersayang. Lebih lebih lagi keluarga.

Baru baru nie aku cuba mengetepikan prinsip aku nie secara keseluruhan untuk semua orang. Jangkaan aku bahawasanya orang yang mampu menjaga hati meleset sama sekali. Terasa diri baru jatuh diatas tar waktu berlari menurun bukit kemudian disambung dengan penangan People Elbow dari The Rock.

* perisai egoisme aku kini selamat disarung semula.


perangai hafis hamid.

Malam tu lepas tak 'berape nak puas' bermain badminton aku pergi lepak minum dekat Bukit Beruang bersama dengan mangse libasan badminton; din, hafiz hamid, dan razak. Dua jam bermain terasa sangat sekejap bagi mereka yang sudah lame tidak bermain. Baru peluh nak keluar, brader court da tutup lampu. Nampak sangat takde sifat ikhsan.

" tembikai gelas kecik bagi dua kak" din memesan minuman.
" fresh oren laici satu kak" razak bersuara.
" ha yang tu bagi dua kak" giliran aku pulak.

" yang mane satu?makan ade tak?" kakak yang rendang rendang tu bersuara.
" lah yang kawan saya baru order tu ler." aku bercakap dalam hati.
" yang fresh oren laici tu." lembut je aku balas.

"ha kalau nak order makan tinggal behon, mee dengan magie je tinggal. yang lain da habis." kakak yang rendang rendang tu bersuara lagi.
" kalau macam tu bagi saya behon goreng ikan" din bersuara.

Din nie memang pandai amik hati orang lebih lebih lagi perempuan.Dekat 20minit jugak tunggu baru minuman kitorang sampai.Nasib baik tukang hantar air nie lebih manis dari yang amik order tadi.Kalau tak dah tentu penghantar minuman tu disambut dengan jelingan mate yang tajam.aum!

"weh aku hari nie asyik tergeget pipi je". hafiz hamid mengeluh.
"ade orang sebut name ko la tu". aku terjemahkan maksud die.
"wah kalau dah kejap kejap asyik tergeget je, die berzikir ke ape name aku!". hafiz hamid menyedut air tembikai din.

Din menggigil gigil tahan gelak sementara aku cube mengawal diri menghabiskan sisa air didalam mulut sambil tutup telinga.elak tersembur.



selamat tinggal 2011





Sebenarnye banyak juga benda yang aku nak tulis kan sini tapi lepas aku ringkaskan atau pun lebih dikenali dengan rumusan oleh mereka mereka yang masih bersekolah jadi ini je la yang tinggal.
-2011,
-rasenye azam tahun nie da lepas,
-banyak benda yang perlu aku tinggalkan,
-perlukan perubahan,
-bersedia untuk azam baru yang lebih lebih advanture
-mari ucapkan selamat tinggal pada 2011,
*****

*selamat datang 2012.