"terima kasih ya nak. makcik suke"

Setiap orang ade prinsip hidup yang menjadikan siapa dirinya. Prinsip setiap orang mustahil akan sama seratus peratus walau pun die tu kembar seiras jenis yang suke buat semua benda sama sampai tandas duduk pun nak kongsi, ataupun buddies yang rambut sama hitam hati siapa tahu, erk? uk takpe. Aku juga ade prinsip hidup yang mengajar aku tentang kehidupan yang aku lalui selama ini.

Salah satu prinsip hidup aku ialah aku hanya menjaga hati aku sahaja. Ya aku memang nampak seorang yang egoisme kerna aku selalu beranggapan bahawa tiada orang yang akan menjaga hati aku selain diri aku sendiri.Semakin menebal kasih sayang kita pada seseorang tu maka semakin tinggi lah jangkaan kita bahawasanya mereka akan menjaga hati kita. Sesiapa pun akan merasa kecewa bila seseorang yang dianggap mampu menjaga hati kita tapi melakukan sebaliknya. Jadi bagi mengelakkan aku melayan lagu lagu jiwang di radio suria yang lebih bersifat patah hati, aku memilih untuk bersikap egoisme. Mungkin itu adalah salah satu faktor yang aku kurang kenalan. Aku tidak menggunakan prinsip ini secara total kerna prinsip nie akan diketepikan secara automatik bila ia berkaitan dengan orang yang tersayang. Lebih lebih lagi keluarga.

Baru baru nie aku cuba mengetepikan prinsip aku nie secara keseluruhan untuk semua orang. Jangkaan aku bahawasanya orang yang mampu menjaga hati meleset sama sekali. Terasa diri baru jatuh diatas tar waktu berlari menurun bukit kemudian disambung dengan penangan People Elbow dari The Rock.

* perisai egoisme aku kini selamat disarung semula.