perangai korang jugak kan. kate le tak kate le tak.

Hari tu aku tiba lewat sikit dari biase. Kebiasaan nye aku akan amik tiket pukul 3 untuk pulang ke rumah sewa tapi disebabkan ade masalah waktu membeli tiket jadi hari tu aku terpakse beli tiket pukul 6. Aku sampai dihentian bas pukul 2.30 petang dan aku perlu mengambil tiket ke kuala lumpur pukul 6. Ape kejadah la semua nie.

" Sir im begging you. im hurry. i really need to change this tiket with you. please~ " meisa kukori merayu.

" I also in a hurry. hm..but its uk. take mine " tiket disambut dengan senyuman di muka.

Tak perlu berborak lebih lama tanpa menggunakan bahasa ibunda masih mampu buat aku terpukau dengan rupa meisa kukori yang merah merah delima sedang meminta bantuan. Mesti tercungapkan baca panjang panjang. Begitu juga lah hati aku yang bergelora menahan perasaan melihat gadis genit nie. Sifat jejaka prihatin yang tidak suka melihat kaum hawa dalam kesusahan memang macam nie.Kalau rupa die putih putih melati aku buat tak faham je.

Aku selalu mengelak dari pulang lewat kerana tidak berapa gemar untuk tido sepanjang perjalanan. Cahaya matahari yang panas diluar mampu menyegarkan mata aku dari terlena didalam bas. Kalau suasana diluar dah gelap memang berselang seli lah suara berdengkur dalam bas tu. Disebabkan aku sudah biasa memberikan tempat duduk kepada kaum hawa didalam LRT jadi mata aku akan mudah untuk terlelap jika suasana luar sudah gelap sambil ditemani penghawa dingin yang kuat di atas kepala. Dua tiga kali juga aku terjaga dari tidur lepas kepala partner sit sebelah landing kat bahu aku. Kali pertama & kedua die bangun betulkan kedudukan kepala dengan mata masih tertutup dan sambung tido semula. Masuk kali ketiga terus die landing sampai KL. Seperti yang disebut tadi aku memang tak boleh tengok kaum hawa nie dalam kesusahan jadi aku tak sampai hati pulak nak tolak kepala partner sit sebelah nie. Kalau kaum adam aku dah tarik cepat cepat bahu nie.

Rumah sewa sunyi je waktu aku sampai. Takde sorang pun budak rumah sewa aku ade dekat ruang tamu. Kebiasaannye amin, faz dengan tom mesti melingkar dengan laptop masing masing. Seperti biase aku akan kemas kemas ape yang patut dahulu sebelum aku makan makanan yang aku beli masa dalam perjalanan balik tadi. Walaupun rumah sewa aku yang kecil nie dihuni oleh 7 jejaka yang lone ranger (waktu tu) tapi rumah kami lebih kemas dari rumah sewa nurse jiran kami. Aku pernah dikejutkan dari tido oleh nurse jiran sebelah untuk membantu die membuka pintu rumah yang tersekat. Mungkin disebabkan kami sudah biase mengemas tempat tido selepas guna maka disebabkan itu lah rumah sewa aku lebih kemas & teratur dari rumah nurse jiran sebelah. 5minit lepas aku sampai faz pun pulang.

" hang dari mana wok? " aku menyusuaikan diri dengan orang penang.

" macam biasa la.aku dari rumah member aku. " jawab dengan gaya menyembunyikan sesuatu.

" hang nie cuba cuba la lekat sikit kat rumah. dah macam tempat persinggahan hang buat rumah nie "

Aku berleter lepas hangin tengok gaya gedik mamat penang nie. Sebenarnye aku bosan duk rumah sorang sorang. Tengah aku kemas kemas bilik tetibe ade suara mengerang dekat bilik sebelah.

" sape tu wok. diorang yang lain ade kat rumah ke? "

" mana aku tau. aku ingat hang sorang ja dekat rumah ". muka cemas tapi terkawal terpancar.

Aku pun beranikan diri pergi tengok bilik sebelah. Bukak je pintu aku tengok amin tengah terbaring bermain game dengan selimut dibadan.

" woi ko ade kat rumah min. aku bagi salam tadi bukan nak menyahut. "

" aku lapa wei. duit aku tak masuk lagi. dah dua hari aku makan roti expired. " suara amin lemau menyalahkan mara tak masuk duit.

" ko takde duit tak cakap. aku ade bawak makanan tu. jom makan" aku menyekak pinggang gaya superman lepas selamatkan mangsa penindasan.




 ** amin punya perangai.