9 years ago
jiwa mahu bersama semula
Aku waktu Form 3 dulu ade rancang dengan budak budak kelas aku untuk buat reunion lepas 10 tahun keluar dari sekolah tu. Jadi kalau ikut kan perancangan sepatutnya kami berkumpul semula pada tahun 2015. Lagi dua tahun la. Masalahnye sekarang kitorang susah berhubung. No fon ade yang selalu tukar tukar. Kalau ade no fon sekali pun belum tentu die yang angkat. Nak berhubung dari laman sosial jauh sekali. Tempat memang dah ditentukan tapi mase dan bila tu yang belum sempat dibincangkan. Takkan aku nak kena menetap dekat tempat yang dirancangkan setahun semata mata nak buat reunion yang belum tentu jadi. Harapan aku masih sama sejak keluar dari Sekolah Agama Menengah Harapan (S.A.M.HA) tu. Ingin bersama semula dengan mereka mereka yang pernah ade kenangan manis dalam hidup aku.
* ini lah lagu kenangan pelajar lelaki Form 3, s.a.m.ha, banting, selangor.