tandas punya pengaruh

Kebiasaannye aku bekerja di kawasan yang terbuka. Jadi kalau setakat badan ditepuk manje oleh angin tu dah biase bagi aku. Mate aku pun dah mampu tahan godaan angin tu sekarang. Awal tahun 2013 nie cuaca dekat tempat kerja aku memang mengancam. Angin yang sebelum nie hanya mampu bertiup lembut di telinga mula menampar nampar badan aku. Kemaen kuat lagi oi!. Kalau aku ikat layang layang dekat poket aku pun boleh terbang sendiri tau.

Ditambah pula dengan cuaca yang gerimis membuatkan lagi angin tu bertambah power. Macam baru dapat cendawan merah dalam Super Mario. Masalah aku sekarang -- pundi pemprosesan aku masih belum biase dengan cuaca begini. Mungkin pasal aku bukan berasal dari London. Jadi itu sahaja yang membezakan aku dengan Chris Brown. Berbalik pada cite tadi, setiap setengah jam aku pasti akan pergi ke tandas untuk membuang sedikit bahan kumuhan yang sudah di proses. Perkara itu sangat la membosankan uk.

Waktu aku keluar dari tandas, ade sorang makcik nie tengah tunggu seseorang diluar tandas lelaki. Seorang budak lelaki keluar selepas aku.

"dah abang?" tanya makcik tu pada anak nye.

"dah ibu" jawab budak tu sambil menunjukkan isyarat bagus.

Mereka pun berlalu meninggalkan aku di depan tandas yang terkesima dengan tindakan anak beranak itu. Aku pun tak tau itu terjadi secara spontan ataupun mereka sudah terpengaruh dengan iklan tu. Seriusly iklan tu sangat formal uk.

*ini semua poyo!!