Waktu dekat dalam,aq tengok kemaen ramai lagi orang yang tengah menunggu jemaah2 itu keluar dari balai pelepasan.Aq tengok dah macam tengok artis bergaya dekat red carpet je.Waktu team MU datang malaysia pun tak seramai nie.Yang datang dengan 1 rombongan saudara pun ade aq tengok.Aq datang dengan adik beradik termasuk satu family sedara aq.Ini je lah orang2 yang tau mak bapak aq balik hari tu pasal sepatutnya mak bapak aq pulang lewat sikit.Mungkin pasal bapak aq ade lepak setable dengan menteri jpm, jamil khir baharom dekat mekah kut.Tu pasal la die dapat balik awal.
Dekat situ sume sibuk nak menyelit kedepan pagar pasal senang nak memanggil nama jemaah yang die tunggu.Aq perhatikan saja tingkah laku mereka.Langsung tak terfikir untuk mengikut jejak langkah mereka.Aq memilih untuk berdiri jauh sikit dari kumpulan2 itu tapi masih boleh melihat sesiapa yang keluar dari balai pelepasan itu.Sekali sekala ade jugak pandangan aq dibawa lari oleh pramugari berkebaya dekat situ.Tapi aq pantas menoleh semula ke balai pelepasan takut2 mak bapak aq dah keluar dari situ.Kental sungguh jiwa aq menangkis godaan pramugari tu.
Lepas setengah jam aq menunggu kat situ,mak bapak aq pun keluar.Aq segera memanggil nama mak bapak aq sambil mendapatkan bantuan dari adik beradik aq.
"encik ahmad..ooo..encik ahmad..."teriak aq gaya singh dalam cite seniman bujang lapok.
Dua tiga kali jugak la aq panggil nama tu sebelum mak bapak aq melambaikan tangan tanpa memandang kearah aq.Tengok je gelagat mak bapak aq waktu tu pelbagai mesej yang masuk kat otak aq nie."kepada siape la mak bapak aq nie lambaikan".Die tak tau ke yang aq tengah tengok kan die nie.
*balik ke melaka aq buat2 join group kete mewah kat highway.class gitu~