bbq punya hal

Ade satu malam tu lepas habis dari main badminton dengan ejan dan amin,rain cadang nak buat bbq dekat rumah.Tah ape mimpi die hari tu pun aq tak tau.Boleh tahan ngade2 jugak nafsu makan die nie.Aq ikut kan saje pasal rain yang nk support bbq malam tu.Balik je dari main ktorang terus pergi membeli barang.Disebabkan waktu dan sifat yang malas untuk berjalan jauh, jadi ktorang memilih jusco untuk membeli belah.Baru la nampak keluarga.

Waktu beli barang,kemaen mewah lagi diorang ambil barang.Benda yang tidak diperlukan untuk buat bbq pun ade aq tengok.Ejan pulak sibuk dengan ikan bilis dan yogurt die.Ape kejadah pulak buat bbq pakai bende tu semua.Mesti die terpengaruh dengan cerita pokemon nie.Mule2 aq terasa hangin jugak tengok perangai ejan camtu tapi bila aq tengok rain macam tak kisah je waktu nak bayar,aq cepat2 capai sebiji sniekers bagi kat gadis kaunter tu.Nanti boleh la aq buat kunyah2 waktu nak hidupkan api.Menjeling je gadis kaunter tu pandang aq.Tangkas juga tangan aq waktu tu.Tak sia sia aq suruh mak aq beli baju taekwondo dulu.

Disebabkan ktorang tinggal dikawasan rumah yang bertingkat tingkat jadi terpaksa lah ktorang buat bbq dikawasan lapang yang berhampiran dengan blok rumah.Dalam pukul 11 baru la ktorang mula menghidupkan api.

waktu nie aq tengah main lagu ku mahu kau tahu(hujan).Dari mula aq main gitar sampai lah aq dah malas nak main aq cume ulang intro lagu tu je.'disudut termenung jauh~'

yang pose gaya awek korean nie la Ejan.Mengada sungguh gaya die.Mesti ramai yang rase nak piat telinga die kan bile tengok gambar nie.

Malam tu met la yang paling rajin sekali.Disebabkan ini ialah kali pertama aq menyertai pogram riadah yang sihat nie,aq memilih untuk menunggu sahaja makanan yang sedang dibuat dari sibuk2 bermain asap.

Ini lah makanan yang aq tunggukan selama 1/2 jam.Peh!! di punye ayam brader,meleleh tau.

Aq jarang benar makan benda2 yang macam nie pasal aq malas nak menyakitkan diri sendiri.Sebelum makan aq ade jugak tanye dekat diorang tentang makanan nie.

"weh tak sakit perut ke makan bende nie?"tanya aq was was.
"ala ape yang ko nak risau kan.takde pape lah."jawab ejan yang leka memandang ayam yang sudah siap sedia untuk dimakan.
"kalau makan macam nie tiap malam badan boleh naik tau."menyampuk rain sambil menepuk-nepuk bahu aq.Bidaah sungguh kepercayaan rain.

*keesokkan pagi nye aq bergaduh dengan rain pasal pakai tandas lame sangat.penipu betul diorang nie!