budak2 berborak punya hal

Pagi sabtu hari tu,pukul 6 pagi lagi aku dah terpacak depan pintu bilik air untuk bersiap siap pergi kerja.Hari tu aku kena ganti kan tempat mak bapak aku niage pasal diorang ade jemputan majlis perkahwinan dekat johor.Sebagai anak lelaki yang berwawasan,aku lebih rela ganti kan kerja mak bapak aku dari tido selepas subuh.Pagi tu mak aku tersenyum ceria je melihat aku bangun awal tanpa perlu dikejutkan.

"ha boleh pun bangun sendiri".kate mak aku sambil tersenyum."ala orang memang dah biase bangun awal pun,biase lepas bangun orang dengar mp4.tu pasal tak dengar klu ibu panggil".jawab aku sambil menceritakan perkara sebenar.

Aku bangun awal nie pun sebab nak mengelakkan dari kena ceramah ari mak aku pasal aku balik lewat malam tadi.Kalau aku bangun lewat pagi tu,dah tentu mak bapak aku akan bergabung bagi menghasilkan momentem yang kuat bagi menceramahkan aku.Kebiasaannye momentem tu akan berlarutan selama 3 hari sebelum ianya hilang dibawa angin.Aku redha.Ceh!

Dekat tempat niage,pukul 9 je bulu mate aku dah semakin berat.Waktu tu pun pengunjung tak berapa nak ramai.Aku cube bertahan.Dekat sebelah tempat aku niage ade 2 orang budak kecik tengah melepak sambil berborak.Kemaen rancak lagi diorang berborak aku tengok.Bagi mengelakkan mate aku nie menjadi semakin layu,aku segera mensibukkan diri dengan membuat senaman setempat.Lepas tu tetibe je ade satu tarikan yang membuatkan aku benar2 nak dengar ape yang budak kecik tu borak kan.

"otak ko,atromen kosmos bukan tinggi sangat pun.jadi atromen badshah lagi tinggi".kate budakA tu pada kawan die."ah kalau macam tu aku nak jadi kamen rider la".balas budakB tu sambil memandang aku.Cis!.Ape kejadah pulak dua orang budak kecik nie berborak bende yang bidaah tu.

*uk seriusly bende2 bidaah nie memang gua ketinggalan.atromen badshah memang ade k??