Tugas aku dekat sana kena tahan setiap pengunjung dan tangkap gambar diorang sebelum diorang terus ke menara. Hari tu banyak rombongan yang datang. Al maklum la cuti sekolah. Kebiasaannye aku jarang tangkap gambar untuk rombongan rombongan nie. Diorang bukan nye berminat nak beli pun. Buat kering tekak je aku terangkan pasal servis. Waktu tu laluan ke menara dah jadi lautan manusia sampai la di tempat aku berdiri untuk tangkap gambar. Jadi bagi mengelakkan mereka nie lemas berhimpit himpit, aku pun menyuruh satu kumpulan nie tunggu sebentar. Nampak berjaya jugak aku amalkan sifat tu. Dalam bosan bosan aku menunggu laluan ke menara tu clear, aku cube nak beramah mesra dengan rombongan yang sedang menunggu nie.
"eyy yll nie dari mane?" tanya aku pada 3 gadis bertudung yang beratur dibelakang aku.
"........" diorang pandang satu sama lain
"........" diorang hanya tergelak.
"........" diorang buat aku terkebil kebil.
Disebabkan tak mahu kelihatan seperti bertepuk sebelah tangan, aku pun kembali menyambung tugas aku menahan pengunjung.
"kiteorang sume dari kelantan ke melaka." jawab salah seorang dari mereka.
"uhh kelate.bape lame lepak melaka?" peramah antara sifat sifat mahmudah yang semakin kerap aku amalkan.
"kiteorang stay KL.datang melaka 1 hari je."
"abang photographer kat sini ye?" gadis gadis nie mula mengorat aku.
"ha yaa lo.kenape?"
"takde pape pun.abang nie hensem la." salah seorang dari mereka bersuara.
"........." Aku hanya tersenyum. Dekat 5 minit jugak benda nie berlarutan.
*Aku alah dengan situasi macam nie tapi aku akui gadis kelantan memang pandai bergurau.