yang terakhir

"salam bro.ko kat mane sekarang?" satu mesej dari nombor yang tidak dikenali.
"ade kat melaka.sape nie?" aku membalas
"ala aku la.weh malam nie ko free tak?" mesej dari seorang yang dah lame aku tak hubungi.orang dekat je.
"kejap kejap ko tukar nombor.free nape?" aku membalas ringkas.
"aku nak jumpe ko dekat luar lepas magrib.tempat nanti aku bagitau ko.ko sorang je tau". pesan die dengan serius.

Pelik jugak aku waktu tu pasal die nie dah lame tak contact aku.Tanggapan aku waktu mula mula dapat text dari die mungkin ade benda serius yang nak dibincangkan.Mungkin die ade tak puas hati dengan aku pasal aku terer main cakom yang letak banyak bedak.Papan licin lagi senang nak masuk tau.Malam tu awal awal lagi aku dah bersiap siap nak keluar.Tinggal tunggu mesej je nak jumpa kat mane.Tengah aku lepak lepak santai  tengok berita, handphone aku berbunyi panggilan.

"assalmualaikum.bro mane?" suara yang ditunggu tunggu.
"salam.uma la.ha nak jumpe kat mane?" aku cuba meringkaskan panggilan dengan tegas
"aku kat depan uma ko nie." jawab die ringkas
"uk kejap aku keluar".Sebuah kereta pelbagai guna setia menunggu aku dihadapan rumah.Aku pun naik sekali dengan die.Kami berdua.

"ha ape cite.nape tetibe je cari aku?" aku mula berborak.
"ai tak kan nak jumpe ko pun tak boleh?" nampak kan soalan di jawab dengan soalan.
"nie ko nak kemane?" aku pun cube membalas soalan tu.
"mane ko nak pergi" jawab die sambil gelak.sifat budak nie memang tak suka mengalah.kalau masuk super spontan aku yakin die mesti jadi ancaman buat amir.

"aku sebenarnye nak lepak lepak dengan ko pastu aku nak belanje ko makan." die mula beritahu niat sebenar.
"lah cakap le awal awal.mesej aku gaye macam nak bergaduh.nie ko nak lepak makan kat mane?" aku bertanya
"aku dengar cite dekat taman tasik punya ikan bakar sedap.kite lepak situ la." die cadangkan tempat.
"aku tak kisah.on je." sifat orang yang dibelanje jarang membantah.
"kereta ko mane?asal guna kereta family ko?" lagi soalan yang aku tuju kan.
"kereta aku problem la.malas aku nak bawak."

Malam tu aku keluar berdua je dengan die.Ikut je kemane die nak jalan pasal die yang pandu.Kalau aku yang pandu dah tentu tentu die yang ikut aku.Aku pun jarang benar duduk dekat bahagian penumpang nie.Malam tu banyak jugak perkara yang dikongsikan.yela dah lame tak lepak bersame.masing masing sibuk dengan dunia sendiri.Lepas dah tak tahu nak kemana kami pun pulang.Uhh ya,kawan aku nie name nye taufik tapi lebih dikenali dengan nama 'mondok'.Biase la budak budak nakal, gemar sangat bagi gelaran dekat orang.Kalau diri sendiri kena gelar dengan nama yang die tak suke, terus die unfriend member tu.No fon pun da tak nak simpan.

*****

Hari nie 14 haribulan.Bertambah lagi usia aku.Malam tu waktu aku tengah habiskan sisa sisa malam dengan gadis minimalis yang utama,aku dapat satu panggilan dari din.

"bro dok da meninggal"

malam terahkir aku lepak dengan die akan aku ingat sampai bila bila.