waktu pulang beraya ke kampung bersama

Petang tu waktu aq tengah leka berdiri menunggu untuk masuk ke panggung,telefon selular milik adik aq yang aq buat macam milik aq nie pun berbunyi.Lagu The last one for life nyanyian Eternal tears of sorrow gitu.Aq tengok abg sedara aq yang call.Aq pun angkat seraya menjawab salam.Abg sedara aq cadang nak suruh aq pergi ke stesen sungai buluh waktu itu.Hari tu aq cadang nak balik raye ke kampung dengan die.Die takut jem kalau die datang amik aq kat umah sewa aq.Disebabkan aq berada jauh dari umah sewa dan situasi yang tidak mengizinkan aq pun menolak cadangan itu dengan baik.

Malam tu ialah malam ke-29 puase sebelum menyambut raya pade hari jumaat.Lepas habis je aq tengok berita sukan kat tv,abg sedara aq pun sampai dengan kete vavi die.Malam tu berita sukan je yang aq layan.Berita tentang kes hilang,kes kemalangan nie malas sikit aq nak amik tau waktu2 camni.Buat lemah semangat nak raye je kalau tau cite pasal tu sume.Abg sedara aq datang dengan sorang member die.Member die nie satu tempat kerja & satu kampung dengan sedara aq tu pasal la die ikut balik sekali.

Dari umah sewa aq sampai la ke tol senawang abg sedara aq yang drive kete tu sebelum aq menggantikan tempat nye untuk drive kete tu pasal die dah kepenatan.Member die pulak asyik layan mate je.Waktu aq tengah drive kete,abg sedara aq yang berada die belakang menyuruh member die yang duduk disebelah aq untuk membetulkan kedudukan sit die."wei ko kedepankan sikit sit ko nie.ko je nak sedap!"kate abg sedara aq yang aq memanggilnye abg atan.Dengan tenang dan nada yang perlahan member die menjawab."ko je la yang belakangkan sit ko".Dengar je jawapan itu,abg atan yakni abg sedara aq seraya membalas kembali."Ko ingat ni caldina!!?".Lepas kedua2 dah menjual & membeli statement,terus diorang tak jadi tido.

Malam tu banyak juga kete yang menghala je Johor.Waktu aq sampai kat tol Air Keroh,kakak yang mengambil tiket & duit tu masam je.Nampak sangat frustated pasal cuti kena tahan.Dengan perasaan yang tak nak mengkerohkan lagi keadaan,aq sempat lagi mengucapkan Selamat Hari Raya kat kakak tu.Kakak tu menganguk sambil memulangkan baki aq dengan senyuman yang ala kadar.Bibir kakak tu pun dah mule nak menggeletar macam nak test vocal.Aq pun cepat2 gerak dari situ.Tak tau la ape nasib kete belakang aq waktu tu.

*Nasib baik arah selatan tak berapa nak jem.