Showing posts with label puase. Show all posts
Showing posts with label puase. Show all posts

waktu pulang beraya ke kampung bersama

Petang tu waktu aq tengah leka berdiri menunggu untuk masuk ke panggung,telefon selular milik adik aq yang aq buat macam milik aq nie pun berbunyi.Lagu The last one for life nyanyian Eternal tears of sorrow gitu.Aq tengok abg sedara aq yang call.Aq pun angkat seraya menjawab salam.Abg sedara aq cadang nak suruh aq pergi ke stesen sungai buluh waktu itu.Hari tu aq cadang nak balik raye ke kampung dengan die.Die takut jem kalau die datang amik aq kat umah sewa aq.Disebabkan aq berada jauh dari umah sewa dan situasi yang tidak mengizinkan aq pun menolak cadangan itu dengan baik.

Malam tu ialah malam ke-29 puase sebelum menyambut raya pade hari jumaat.Lepas habis je aq tengok berita sukan kat tv,abg sedara aq pun sampai dengan kete vavi die.Malam tu berita sukan je yang aq layan.Berita tentang kes hilang,kes kemalangan nie malas sikit aq nak amik tau waktu2 camni.Buat lemah semangat nak raye je kalau tau cite pasal tu sume.Abg sedara aq datang dengan sorang member die.Member die nie satu tempat kerja & satu kampung dengan sedara aq tu pasal la die ikut balik sekali.

Dari umah sewa aq sampai la ke tol senawang abg sedara aq yang drive kete tu sebelum aq menggantikan tempat nye untuk drive kete tu pasal die dah kepenatan.Member die pulak asyik layan mate je.Waktu aq tengah drive kete,abg sedara aq yang berada die belakang menyuruh member die yang duduk disebelah aq untuk membetulkan kedudukan sit die."wei ko kedepankan sikit sit ko nie.ko je nak sedap!"kate abg sedara aq yang aq memanggilnye abg atan.Dengan tenang dan nada yang perlahan member die menjawab."ko je la yang belakangkan sit ko".Dengar je jawapan itu,abg atan yakni abg sedara aq seraya membalas kembali."Ko ingat ni caldina!!?".Lepas kedua2 dah menjual & membeli statement,terus diorang tak jadi tido.

Malam tu banyak juga kete yang menghala je Johor.Waktu aq sampai kat tol Air Keroh,kakak yang mengambil tiket & duit tu masam je.Nampak sangat frustated pasal cuti kena tahan.Dengan perasaan yang tak nak mengkerohkan lagi keadaan,aq sempat lagi mengucapkan Selamat Hari Raya kat kakak tu.Kakak tu menganguk sambil memulangkan baki aq dengan senyuman yang ala kadar.Bibir kakak tu pun dah mule nak menggeletar macam nak test vocal.Aq pun cepat2 gerak dari situ.Tak tau la ape nasib kete belakang aq waktu tu.

*Nasib baik arah selatan tak berapa nak jem.

"ini semua dugaannya"

Hari tu awal2 pagi lagi kesabaran aq telah diuji ketahanannye.Bulan2 puase macam nie memang banyak dugaan yang kena tempuh tapi aq tak ralat sangat kerna aq sudah dididik sebegini sejak pandai bawak basikal roda tiga lagi.Pagi tu aq ade kelas math.Dengan badan yang keletihan aq bingkas bangun untuk pergi ke kelas tu.Lepas bersiap2 aq tengok jam dah lewat.Aq pun cubalah bergegas ke kolej dengan rider aq "faz"..

Setibanya di kolej,ketika ag menuju ke kelas aq selisih dengan lecture yang mengaja math tu."Eh,cik nak kemana?"tanya faz prihatin.Aq pulak buat2 macam dah lame sampai kat kolej tu."Saye takde mood nak buat class ari nie"balas lecture tu santai.Dengar je statement lecture tu hati aq terasa hangat2 nyaman macam tengah dengar lagu sepasang kurung biru nyanyian khairil johari johar..Dengan hati yang lembab2 aq segera mencari port untuk menenangkan hati.Lepas tu baru lah aq pulang.

Petang tu rain ajak aq berbuka kat luar.Rain cadang berbuka kat KFC di KL central.Lebih kurang pukul 6 baru ktorang gerak ke sana.Sampai je kat sana azan pun berkumandang.Kat KFC aq tengok bukan main ramai ag orang tengah beratur nak order.Tempat lain pun same juga.Waktu tu aq tengok yang lorat2 lagi ramai dari yang sepatutnye.Nasib baik la dah masuk waktu berbuka.Kalau tak asyik tergigit bibir je aq nie.Waktu tu aq suruh rain beli air je dulu sementara orang masih ramai.Lepas dah kurang orang membeli kat situ baru la ktorang pergi order.Tunggu punya lama last2 dapat 1 ketol ayam je.1 ketol lagi baru nak masak.Aq cool je janji dapat makan.Aq makan punya la santai pasal aq nak tunggu kan 1 ketol ag.Lepas aq dah abis makan baru la budak KFC tu hantar ayam aq tu.

Aq pun sambut pemberian budak tu dengan senyuman.Nasib baik die balas balik senyuman aq tu.Sejuk sikit mata memandang.

*malam tu tengok wayang cite The Expendables memang layan.Cool abis.First time aq rase panas tengok wayang.

hari kedua puase

Hari tu aq tak bangun sahur pasal aq dah makan lewat semalam.Alang2 dah penat balik main badminton malam tu,aq terus singgah kedai makan untuk bersahur.Bangun2 je hari tu aq tengok jam dah nak hampir tengah hari.Aq bingkas bangun untuk mandi.Yela kalau mandi lepas tengah hari nanti makruh pulak.Aq tengok budak2 umah aq pun same juga situasi nye dengan aq.Cume rain je yang bangun awal.Tu pun pasal kedai watson tu dah panggil die masuk keje.

Petang tu rain balik keje awal dari yang sepatutnye.Aq tengok die dah macam first shareholder kat kedai tu.Suke hati die je die nak masuk pukul bape.Barang kat kedai tu pun selamber je die tapau.Aq pun ade gak kirim deodoran AXE EFFECT satu tapi belum ade rezeki die kate."awal balik rain."tegur aq sambil memandang ke luar umah.Rain hanya tersenyum ringkas."aduh hujan la pulak"berbisik aq mengeluh.Lepas hujan dah reda aq ngan rain pergi la ke bazaar untuk mencari juadah berbuka.

Sepanjang perjalanan begitu banyak dugaan yang datang dan pergi.Aq sering kali juga menasihati rain supaya menjaga peradaban dibulan puase nie.Tibe je kat sane,bazaar telah sesak dengan orang ramai macam kalakatu yang mencari cahaya di lampu kalimantang ketika hujan.Seperti biase sampai je kat bazaar aq perlulah membuat pilihan untuk membeli makanan berbuka.Inilah saat yang paling malas untuk aq buat.Hari tu aq cadang beli kuih2 je pasal aq tak nak perut aq penuh sangat.Kalau perut penuh sangat nanti susah pulak nak sembahyang tarawih.Rain pula baru singgah 3 kedai dah 20hengget duit die habis.Peh..boleh tahan juga harga makanan tahun nie.Lepas dah selesai membeli aq pun balik.

Di umah,tengah aq siap2kan makanan untuk berbuka,amin dengan zainal pun sampai dari membeli juadah.Dari mimik muke diorang nampak cemas."Wei pis ko pandai bukak pintu guna kad kan."tanya amin pada aq."Boleh la jugak,asal?"balas aq merendah diri.."brader umah bawah nie mintak tolong,,kunci umah die tertinggal kat dalam".Aq pun menyarungkan baju dan terus ke umah brader tu yang berada di tingkat 1 bersama amin ngan rain.Kat sana aq tengok brader tu dah bersidai kat balkoni umah die dengan muke yang pasrah.Kalau tak silap waktu aq balik dari bazaar tadi pun brader tu dah melepak ngan bini die kat luar umah.Aq tengok tompol pintu umah die dah terkopak sikit.Nampak sangat die cume pecahkan tombol pintu tu.Waktu aq dengan rain cume untuk membuka pintu umah tu,brader tu cume tersenyum sinis."Dah try da tadi gune kad,tak boleh..."brader tu bersuara sambil menunjukkan kad yang digunakan tadi."korang ade tangge tak??"tanya brader tu lagi."takde la bro"jawab kami ringkas.

Dengan usaha aq mengesekkan kad di celah pintu dan rain yang menolak2 pintu tu,akhirnya pintu tu pun terbuka.Aq tengok mimik muke brader tu pun berubah,die seraya berkata "Wah..trima kasih la yee" sambil menghulurkan tangannya yang kosong untuk bersalaman."Dah makan?"berseloroh brader tu."Ehh..puase kut"pantas kami menjawab..5minit lepas tu azan pun berkumandang.Malam tu aq ingatkan bolehlah pergi tarawih,last2 melepak kat umah la juga.Alasan yang digunakan malam tu ialah pasal imam kat masjid tu baca ayat panjang.

*malam yang ke4 br la aq dpt brsembahyang tarawih.tu pun kat melaka.