air oren punya hal

Waktu form2 dulu aku ade join kelab usahawan.Aku join kelab nie pun pasal aku tau ade program minggu keusahawanan nak dijalankan dekat sebelah sekolah aku.Dengan menyertai program ini saja lah yang dapat membantu aku mengelakkan diri selama seminggu dari diajar oleh cikgu geografi yang psyko di kelas aku.Cikgu nie aku panggil die psyko pasal die lebih kuat merapu dari mengajar.Ade satu hari tu die datang kelas aku dengan memakai sebelah kasut dan sebelah lagi selipar jepun.Bila die dah perasan tentang itu, dengan selamber die tahan budak yang kebetulan lalu didepan kelas itu pergi ke bilik die untuk mengambil kasut yang lagi satu.Alasan die "saya tak perasan la macam mane boleh berlaku.saya nak cepat sangat kut".Ceh!!psyko beralasan.

Seminggu lagi program itu nak dijalankan aku dengan 2-3 orang member aku dah mula mengambil hati cikgu2 yang dikhabarkan akan berniaga pada hari tersebut.hipokrik benar gaya aku ketika itu.Tapi akhirnya aku terpilih juaga untuk menyertai program tersebut.Nampak sangat cikgu nie pilih kroni.Huh!

Dekat sana aku ditugaskan menjaga gerai menjual roti dan air minuman.Roti tu aku malas nak amik port pasal kalau roti tu habis,nanti aku kena berlari kesekolah semula untuk mengambil stok disana.Ape kejadah pulak aku kena berlari2 sambil membawa bekalan roti yang banyak tu.Dah la banyak gadis2 yang berniaga mewakilkan sekolah diorang dekat situ.Nanti nampak sangat tak maskulin.Jadi aku memilih untuk menjaga bahagian air sahaja.

Aku dengan wan negro saja yang ditugaskan untuk menjaga bahagian nie.Jaga bahagian nie memang penat sikit pasal tiap mase ade saja orang yang datang nak membeli air.Sampai ade satu mase tu tangan aku sentiasa pegang senduk dengan cawan sepanjang mase.Cikgu selalu juga pesan dekat ktorang,waktu menjual air kena peramah dan tidak boleh kedekut dengan senyuman.Takat berniaga sambil melemparkan senyuman tak menjadi masalah pada aku cuma aku kesian dengan wan negro je.Aku takut die ber iya2 memberikan senyuman tapi takde orang yang perasan.Almaklum la bak kate orang tua2 'black sweet'.

Satu ketika tu ade dua orang gadis yang datang beli air dekat ktorang.Dari jauh lagi gadis nie dah senyum2 dahaga dekat ktorang.Aku ade perasan gadis nie pasal die ade berniaga dekat sini jugak.Jual otak2 kempas kalau tak silap.Dengar cite ramai jugak yang datang membeli dekat kedai diorang.Sampai beratur panjang katenye.Aku rase yang beratur2 panjang tu mesti pengawas2 yang selalu tahan aku datang lewat ke sekolah.Pengawas yang poket seluarnye ade sikat 50sen dan rambutnya sentiase tersisir rapi.Ceh!!nak mengayat la tu.

'ye adik manis' aku menegur.wan hanya tersenyum.

'mmm..air hijau nie air ape ye?' salah seorang gadis itu bertanya.

'uhh nie air tembikal susu' aku menerangkan nya.

'sedap x?' tetibe je aku terdengar suara manja meisa kukori berbahasa melayu.

'buleh tahan la tapi saya lebih suke air oren nie'
aku memberitahu selera aku.

wan masih mengekalkan senyuman die tanpa membuat apa2.

'ha kalau macam tu bagi air oren jela.letak dalam plastik yee' gadis itu seakan2 cuba mengorat aku.
'uk,mmm..nie ikat nak mati ehk?' aku cuba menjadi lebih mesra.

'ha ikat mati tapi jangan mati sangat tau'
gadis itu pantas menjawab.

'uk kalau macam tu kite bagi die mati olok2 la yee'
...

*