fixie, aku dan sekolah

Sudah hampir sebulan aku tak menulis kat blog nie.Tahun nie aku rase lain sekali dari tahun2 yang sudah.Semua aktivi harian aku berubah sama sekali.Sudah takde masa untuk bangun awal ditengah hari,sudah takde mase untuk berborak panjang hingga jam 2-3 pagi bersama rakan2 yang setiap hari aku berjumpa,sudah tinggal bersama keluarga tercinta semula dan sudah ade 1 penggerak inspirasi.Bukan inspira tau!.Mungkin selepas nie aku perlu menjadi seorang yang pandai mencuri.Ya!,menjadi seorang yang pandai mencuri masa agar aku buleh manjalankan semua aktivi yang aku suka.

Hampir tiap pagi aku perlu bangun awal untuk pergi bertugas.Tiap pagi juga lah aku akan melakukan satu aktivi yang paling membosankan iaitu menempuh 45minit perjalanan ke tempat kerja.Nasib baik la aku ade teman nak ke tempat kerja,kalau tak boleh jadi gila aku macam pemandu2 lain yang bergegas ke tempat kerja masing2.

Ade satu pagi tu,waktu aku dalam perjalanan nak ke tempat kerja sambil melayan radio sinar,aku ternampak satu kumpulan budak2 fixie kat tepi jalan.Aku ingatkan ade program kayuhan amal la waktu tu."rajin pulak budak2 nie bangun awal2 pagi"aku berbisik seorang diri.Rupa2 nye budak2 tu tengah berkumpul*tunggu member la tu* nak ke sekolah.Peh! kemaen ag budak2 sekolah sekarang nie.Bawak fixie pergi sekolah.Zaman aku dulu bawak basikal chopper dengan lerun je.Itu pun dah ramai awek yang ala ala nasha aziz yang nak mengorat.Selalu juga aku dengar suara2 manje yang kata "nak tumpang boleh?". Nasib baik la aku tak termakan dengan pujuk rayu sebegitu.

Waktu form2 dulu aku ade juga pergi sekolah bawak basikal.Aku naik basikal pun pasal nak pulang umah awal.Waktu tu banyak orang kate yang bawak basikal ke sekolah tak bergaya pasal nanti badan berpeluh2.Semua orang sibuk nak naik bus sekolah.Bukankah berpeluh itu tanda nye kita sihat?Aku waktu mengayuh dulu takde pulak berpeluh2.Biasenye yang berpeluh2 bila naik basikal nie ialah geng pengawas sekolah yang berlumba2 nak sampai ke sekolah dulu.Macam la pengetua nak bagi ferrero rocher sorang satu pada sesiape yang datang awal.Huh!.Materialistik sungguh!.

Biasenye aku akan gerak dari umah pukul 7 pagi, dengan berbekalkan basikal lerun 5 gear yang aku beli guna duit raya dulu.Kecik2 lagi aku dah pandai beli barang guna duit sendiri.Tak sia2 aku belajar menabung dulu.mmm..uk aku bohong*mak aku ade topap sikit.Waktu pergi sekolah pun aku tak terlalu bergegas untuk sampai ke sana pasal aku selalu berpegang teguh pada kata2 orang tua iaitu "tak lari gunung dikejar".Disebabkan aku terlalu berpengang pada kata2 itu la aku kena berdiri di hadapan tapak perhimpunan bersama mereka2 yang datang lewat seperti aku.Boleh dikatakan selalu juga aku dapat buah tangan dari cikgu yang tahan aku pagi2 tu.Kadang2 aku tak nak pun die pakse2 jugak nak bagi kat aku.Nak tak nak aku terima je la.Karang kalau tak amik,orang kate sombong pulak.Cis!

*susah jugak nak jaga hati cikgu2 nie.