bergurau di tandas

Waktu form5 dulu bila masuk pukul 11 je aku mesti rase mengantuk.Kebiasaan nye kalau aku mengantuk aku akan tido dikelas tapi hari tu aku terpakse meng-segar-kan diri aku pasal hari tu waktu pelajaran matematik.Cikgu yang mengajar subjek nie pulak jenis yang berhati lembut walaupun dari luaran nye kelihatan cekal.Nanti bila die masuk kelas tengok keadaan aku yang kurang bermaya camtu ade yang die keluar kelas sambil mata berkaca.Dengan perasaan untuk tidak melukakan hati cikgu itu, aku bingkas bangun dari kerusi kayu biru jingga untuk ke tandas.Din yang perasan turut mengikut aku sama.

Dekat tandas, setakat basuh muka masih belum mampu untuk membulatkan mate kami berdua.Waktu tu hanya ade aku,din dengan seorang budak yang tengah sibuk memandang cermin membetulkan rambut nye.Aku cadang dengan din nak bergurau2 dengan budak tu.Dengan pantas din pergi menutup pintu tandas.Nampak sangat jenis yang kuat menyakat orang.

"wei ko cakap betul2,sape yang kecoh2 kan pasal tu!?" aku cuba menjadi watak castello dalam cite gerak khas.


"ehh bukan saye bang.mane ade orang cakap." tibe2 je aku terbaca perkataan 'gelabah' kat dahi budak nie.

"abis tu aku dengar ko yang kecoh2 kan." aku bernada keras tanpa sebab yang munasabah.

"xde bang.bukan saya." manik2 peluh mula kelihatan kat dahi budak nie.

"kalau bukan ko sape?" aku cuba berlembut.

"dak capang kelas hujung tu bang.die yang kecoh2 kan kut" jawab budak tu dengan yakin.

"mmm..uk2 ko gerak dulu nanti aku cari die." kate din sambil menepuk2 bahu die.


"uk2 bang.trima kasih"

*HaHaHa!!.aku dengan din terbahak2 ketawa sampai ke kelas.terus bersemangat tuk aku sambung belajar.