Lepas aku habis je belajar hari tu, aku ade pergi amik satu exam nie yang berkaitan dengan kerja yang bakal aku buat.Sementara menunggu tawaran kerja yang menawarkan aku gaji 5 angka sebulan aku buat la kerja nie dulu.Bagi membolehkan aku mengambil dan lulus exam nie, aku perlu membaca 500 muka surat tentang benda tersebut.Ape kejadah pulak bagi orang yang bersifat minimalis macam aku nak kena baca banyak2 macam tu!.Dah la satu muka surat aku memerlukan 1 hari untuk faham.Tak kan la aku kena tunggu 1 tahun 4 bulan untuk aku pergi mengambil exam tu..Aku baca mana yang aku agak penting je.Lepas aku amik exam tu sampai la bulan lepas aku tak pergi ke syarikat tu untuk bertanyakan tentang result aku.
Pagi tu waktu aku sedang rehat2 santai dirumah tiba2 kedengaran lagu the last one for life nyanyian eternal tear of sorrow di handphone aku.Satu nombor yang tidak dikenali sedang menunggu untuk dijawab.Kebiasaan nya apabila aku menerima panggilan yang tak dikenali, aku akan memulakan perbualan dengan menggunakan bahasa cina.Bahasa nie pun aku belajar dari RJ pasal dulu RJ lebih minat bersekolah di sekolah (j) cina berbanding sekolah tipikal melayu.
"wai nie zhe chuai" kalau tak silap aku dalam bahasa malay (helo siapa disana?).
"helo nie izwan haffis ha?" tetiba je imej muka meisa kukori berlegar2 di fikiran aku.
"yaa nie izwan?" aku meyakinkan die yang panggilan ini tidak salah.
"izwan ha, 我一天的船员涂阿德阿米克考试是不是" dengan pantas die ber-specking dekat aku.Aku tak tau la die nyanyi dekat aku ke ape.
"hah?mmm..sory" aku cuba memotong percakapan die.
"ouh..我一天的船员涂阿德阿米克考试是不是." lagi sekali aku rasa kan die sedang menyanyi lagu wondergirl.
"huhu.sory ha..i tak faham." aku speechless.
"uhh.haha.uk sory2.yu bukan chinese heh?" amoi nie membalas dengan suara yang ceria.
"bukan2.i tau cakap yang tadi saja.hehe" aku berterus terang.lepas tu baru la perbualan aku dengan amoi tu diteruskan seperti biasa.
*nie la first time aku terperangkap dengan penyamaran sendiri.haha
9 years ago